Saturday, January 30, 2010

Persembahan Dinner Syariah LAW

PERSEMBAHAN DINNER SYARIAH LAW



Alhamdulillah... sebab kami berjaya wat persembahan dengan jayanya untuk dinner budak-budak Syariah. Seperti yang saya janjikan, saya ada sertakan gambar dan video kami semasa malam tersebut. Dan selepas ini, kami kena prepare untuk persembahan untuk Kelab Rekreasi dan kembara. Doakan kami berjaya ye.. Amin.......................

Thursday, January 28, 2010

Persediaan Untuk Persembahan Dinner Mahasiswa LAW

Assalamualaikum... kini, group saya sedang membuat persembahan yang bakal diadakan pada sabtu malam (30 jan). Namun, salah seorang dari ahli penting kumpulan saya terpaksa diterbangkan ke Sabah untuk 4 hari kerana beliau ada Pertandingan Badminton. Tetapi, Alhamdulillah, saya sempat mendapatkan ahli ganti untuk beliau., InsyaAllah, persembahan yang akakn datang ini, saya akan sertakan Rakaman Video nya. Apa-apapun, Doakan kami berjaya membuat persembahan tersebut. Syukran Wassalam.

Tuesday, January 26, 2010

Assalamualaikum... Kerana terlanjur meciptakan blogspot saya ini, InsyaAllah saya akan Muatkan juga persembahan-persembahan saya secara solo yang lepas-lepas dan juga pertandingan Inter-Ipt yang baru diadakan pada 7 Januari yang lalu...
Insya Allah...

Monday, January 25, 2010

Persembahan PALS 2

Persembahn PALS

Gembira...!!

Assalamualaikum... Alhamdulillah, baru sebentar tadi (9.30 pm) (25 jan 2010), saya telahpun berjaya melaksanakan persembahan nasyid secara solo ... huhuhu... memang hangat gak sambutan nya walau duduk dalam air-cond..Terdapat beberapa gambar saya ambil selepas siap membuat persembahan, saya kan sertakan kmudian...., 2 buah lagu yang saya bawa iaitu Suara Hidayah (Nazrye Johani & Akhill Hayy) dan Intifadha (Rabbani)

Saturday, January 23, 2010

3 persembahan di dalam satu minggu.

Assalamualaikum.. Masya Allah... terkejut juga bila saya total up semula bilangan persembahan yang ditempah.. huhuhu.. hari isnin (25/1/10), jumaat(29/1/10) dan sabtu (30/1/10). yang hari isnin saya akan perform secara solo... dengan berbekalkan apa yang telah saya pelajari tentang nyanyian. yang lagi dua persembahan akan datang itu, memang telah dirancang untuk perform di dalam kumpulan, tapi jika ada aral melintang, saya akan perform secara solo....
Insya Allah semua akan berjalan dengan jayanya... amin..

Salam ukhwah





Assalamualaikum.. pada sesiapa yang yang melayari blogspot ini, mungkin ada yang mengenali saya dari kumpulan Read-One. Sesiapa yang belajar di KUIS, bangi lebih mengenali diri saya. Mulai dari masa ini, segala persembahan saya secara sol0o akan saya muatkan laporan di dalam ini..
Jazakallah..syukran wassalam..