Tuesday, July 19, 2011

How READ-ONE get their name ?

How READ-ONE get their name ?
Bismillahirahmanirrahim. Segala puji bagi Allah kerna dengan izinnya, dapat saya mengupdate blog saya ini. Oke, tanpa berlengah masa, nama Read-One ini, atau lebih mudah dengan sebutan Ridhwan kami ambil dari peristiwa penyiksaan sahabat rasullullah s.a.w yang bernama bilal bin rabah. Semasa beliau disiksa oleh Umayyah di padang pasir yang panas terik, dihempap dadanya dengan batu besar, apa yang disebut-sebut oleh sahabat ini ialah “ahad” , “ahad” yang membawa erti satu atau (ONE) merujuk kepada keesaan Allah taa’ala. Maka nama “READ” itu membawa maksud baca dan “ONE” itu membawa maksud satu, digabungkan membawa erti “baca satu” iaitu memperbanyakkan menyebut kalimah Allah sebagai satu perkara lazim bagi kita umat islam khasnya.
Sebelum menggunakan nama Read-One, kami menggunakan nama FAEEZ yang mana terjemahan bahasa arabnya membawa maksud kejayaan, tetapi nama tersebut terlalu sinonim dengan sebuah lagi kumpulan nasyid masyhur tanah air , iaitu FAR-EAST. Bagi mencari identiti kami sendiri, maka kami beralih angin dengan berbagai-bagai nama seperti IN-SAFF , ALL-WISE, dan bermacam-macam lagi sehingga terciptanya READ-ONE.

Tuesday, July 12, 2011

Tak tahu mau letak tajuk apa...~~~

Bismillahirahmanirrahim...

Saja2 je mau tulis tentang kemas kini Read-One Nasyeed Group,Semalam kami mendapat panggillan tempahan untuk persembahan Nasyid untuk pelajar2 International pada jumaat (15 Julai 2010). Pemilihan lagu pastinya tiada masalah bagi kami, tetapi penyusunan jadual kami yang bermasalah. Saya selaku ketua kumpulan perlu menghadiri program lain pada waktu sebelum jemputan itu. InsyaAllah kalau sesi persembahan kami itu dilewatkan, insyaAllah saya akan dapat nmengikuti persembahan tersebut. Gambar dan video nya saya akandi upload kan jika sempat =)

Friday, July 8, 2011

Persembahan di De Palma Shah Alam bersama Lembaga Zakat Selangor





Bismillahirrahmanirrahim...Pada 23 Jun, sejurus sehari selepas persembahan Al-Quds, Kami teruskan aktiviti kami dengan membuat persembahan Nasyid Di sebuah Hotel di Shsh Alam.

Majlis dianjurkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan berlangsung hampir 5 jam lamanya.

Read-One membuat persembahan semasa hadirin sedang menjamu selera masing-masing dengan lima Buah lagu iaitu:

1)Ratu Hatiku ( Single Pertama Read-One)
2)Erti Syukur (UNIC)
3)Damai (Nowseeheart)
4)Putera Puteri (In-Team)
5)InsyaAllah versi melayu (Maher Zain)

Majlis telah berlansung dengan jaya nya alhamdulillah =)

Persembahan Al-Quds


Alhamdulillah , 22 haribulan Jun, Read-One telah berjaya melaksanakan persembahan di Malam Al-Quds (kelab Al-Quran dan As-Sunnah) KUIS.

Walau kualiti Audio dan sound system nya kurang memuaskan, tetapi kami tetap enjoy performing coz audience nya yang sporting =)

(Maaf lah tiada gambar,coz kami memang bz gler masa tu =) )