Pengenalan

     Read One adalah sebuah kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan pada tahun 2008 dengan nama asalnya adalah Faeez. Kumpulan ini mula ditubuhkan di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) bagi memasuki pertandingan Nasyid yang dianjurkan oleh pihak kolej.

    Pada awal penubuhan,kumpulan ini mempunyai 5 orang ahli iaitu Mohamad Zainul Ariff, Mohd Farith, Mohd Mahir, Mohd Fitri dan Mohd Faris yang pada masa itu sebagai Mahasiswa Semester 1 di KUIS. Selepas pertandingan itu berlansung , kami berjaya merangkukl tempat ke- 3 , berbaloi jugalah kerana kami masih kurang ilmu pengetahuan di dalam bidang Dakwah Hiburan .

    Maka bermula lah langkah kisah perjalanan kami sebagai pendakwah dan penghibur itu sendiri. , di mulakan dengan tempahan nasyid secara kecil-kecilan sehingga kini , Pihak Lembaga Zakat Selangor juga pernah menjemput kami ke majlis mereka. Pada awal  tahun 2010 , kami telah berjaya melaksanakan rakaman single pertama kami yang berjudul "RATU HATIKU" yang telah sempurna diterbitkan pada bulan April 2011 oleh Neurotic Studio Production.

    Beralih kepada konsep kami , lebih berunsur santai dan menjurus ke-arah Boy-Band (siapa yang pernah tengok WestLife , tahu lah ) , dan pemilihan muzik kami lebih terbuka dan fresh , mengikut kesesuaian semasa ,dan pada 18 February 2012 , kami telah berjaya mencipta sebuah lagi lagu yang berjudul " MEMORI INDAH BERSAMA" yang dihasilkan secara Home Studio , nantikan kemunculan secara Full Album Version.

    Akhir sekali , kalau-kalau lah ada terserempak dengan kami di luar, tegur-tegur lah dan rajin-rajinkan lah memberi senyuman , seseungguhnya kamini peramah~~ (masuk bakul angkat sendiri .. hehehe ) . Sekian Wassalam.