Tuesday, October 18, 2011

Dakwah Cara Ustaz Don Daniyal




   MENCARI ikon sesuai bagi diketengahkan sebagai penyampai adalah tugas stesen TV. Perkara ini menarik perhatian apabila ada stesen TV mengambil artis popular seperti pelakon atau penyanyi mengacara program tertentu dengan harapan ia dapat mencatat ‘rating’ tinggi.


   Namun usaha stesen TV AlHijrah sesuatu yang berbeza dengan mencari individu yang tidak ada pengalaman dalam bidang pengacaraan khususnya berbentuk dakwah. 
Bagi penonton stesen ini, pasti ada menyedari kehadiran penyampai baru, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid yang muncul menerusi program 30 Minit Ustaz Don disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10.30 malam.

   Pengurus Besar Majalah & Dokumentari TV Alhijrah, Zainal Rashid Ahmad berkata, pencarian muka baru bermula sejak Disember tahun lalu menyaksikan lebih 30 peserta mencuba nasib.Mengikut konsep program ini, karakter dicari mestilah seorang ustaz yang petah berhujah.



“Kami menerima banyak maklum balas penonton yang sukakan cara penyampaian Ustaz Don ketika mengendalikan program Ihya Ramadan sebanyak 26 episod. Atas sambutan positif itu, ia membuktikan Ustaz Don sudah ada peminat.

“Menerusi episod pertama 30 Minit Ustaz Don, dia juga meraih sambutan ramai penonton. Saya berharap Ustaz Don menjadi fenomena baru pada penonton khususnya dalam menarik perhatian golongan muda mendekati program ini menerusi budaya baru dan mendapat khidmat nasihat,” katanya pada satu sesi ramah mesra bersama media di Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

“Dia boleh berjenaka seketika tetapi tidak keluar daripada topik itu sendiri. Saya sendiri tidak menjangka ramai penonton di kalangan wanita berkerjaya meminati program 30 Minit Ustaz Don.

“Penonton sebegini tahu aspek agama tetapi mereka mahu tambah ilmu apabila menonton program ini,” katanya.

Bagi Ustaz Don yang juga graduan Universiti Al-Azhar, dia masih berpegang kepada matlamat menegakkan kalimah Allah S.W.T.

“Dalam bercakap kepada penonton, saya tidak mahu bercakap kosong tetapi perlu merujuk pada al-Quran dan hadis,” kata pensyarah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor ini.

Menjadi selebriti yang turut dihimpit populariti bukan juga matlamat yang dicarinya. Menganggap setiap petugas produksi sebagai satu keluarga, Ustaz Don berusaha memfokuskan dua perkara ketika ke udara iaitu Fardu Ain dan al-Quran.

“Pengajaran Fardu Ain berasaskan kepada pegangan Imam Shafie dan kita menolak fahaman lain seperti Syiah. Sebolehnya, saya mahu membantu penonton dalam menyelesaikan masalah membabitkan remaja,” katanya.

Monday, October 17, 2011

Vokal Bukan Sekadar Rupa ( Realiti Program Terbaru Tv3)


Vokal Bukan Sekadar Rupa ( Realiti Program Terbaru Tv3)


PERMULAAN yang meyakinkan. Begitulah dapat disaksikan pada konsert minggu pertama program realiti terbaru VOKAL - Bukan Sekadar Rupa (VBSR) yang membuka tirai dari Sri Pentas 2, Shah Alam, semalam. Sudah ada kejutan yang bakal menjadikan program ini popular seperti Mentor.
Menampilkan lima peserta, program malam kelmarin diadili juri tetap, komposer Azmeer dan Erra Fazira manakala Datuk Siti Nurhaliza diundang sebagai juri jemputan.
Antara matlamat utama program ini cuba mengubah perspektif masyarakat agar melihat suara dulu selepas rupa.


Kejutan bermula sejak awal apabila peserta pertama, Mafarikha Md Akhir atau Mafa, 19, muncul mendendangkan lagu Rolling in the Deep nyanyian Adele yang berjaya memukau penonton dan juri.


Namun peserta kedua, Muhd Fakhrullah Mohd Yusoff atau Epiit, 21, gagal memikat juri. Dia kedengaran meyakinkan ketika intro lagu Bila Cinta nyanyian Filianti Vlee. Bagaimanapun, suaranya tidak konsisten ketika bahagian korus menjadi punca utama kegagalannya pada malam itu.


Tiga lagi peserta iaitu Norhasmidar Ahmad atau Asmidar 22, mendendangkan lagu Terlalu Istimewa nyanyian Adibah Noor, Azmarul Azuan Harun atau Azmarul, 27, (Sedetik Lebih) dan Mohd Janizam Jamaluddin atau Boby, 26, (Selalu Mengalah, turut berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.


Menariknya ketika setiap peserta menyanyi pada awal kemunculan, juri dan penonton hanya mendengar vokal. Kemudian selepas pemilihan atau penolakan dibuat, barulah mereka muncul di depan pentas.


Boby boleh dianggap sangat bertuah kerana pada saat dia ditolak Erra Fazira, Azmeer dan Siti tampil menyelamatkannya atas alasan mahu memberikan dia peluang.


Ditemui pada sidang media selepas itu, Azmeer menjelaskan berpuas hati dengan kemampuan mereka kecuali Epiit yang disifatkan tidak menyanyi dalam satu pakej serta hilang ‘mood’ pada bahagian korus.


“Keputusan terpaksa dibuat kerana ia pertandingan dan bukan lagi uji bakat.
Kami kena tegas dalam perkara ini. Azmarul ada suara yang bagus. Walaupun nyanyiannya masih mirip Anuar Zain, dia tidak buat kesilapan. Dia boleh belajar untuk membentuk nyanyian dengan gaya sendiri selepas ini.


“Segala komen yang dilontarkan saya adalah ikhlas. Kalau saya tak tegur, siapa lagi nak tegur mereka? Kalau tanya ibu bapa mereka, semua akan cakap nyanyian anak mereka bagus,” katanya.


Mengulas isu dia lebih senang membahasakan dirinya sebagai ‘aku’ kepada peserta, Azmeer anggap ia tidak kasar.


“Aku dan kau tak ada masalah kalau nak digunakan. Malah ia juga ganti nama yang kita pakai apabila kita bersolat. Bagi saya bukan sebab hendak pandang rendah tapi cara saya mendekatkan diri dengan mereka dan membentuk kasih sayang sesama manusia,” katanya.


Menjelaskan sikap serius yang boleh membuatkan peserta jadi gerun sehingga hilang fokus, Azmeer berkata, sekiranya mereka penyanyi yang baik, mereka perlu belajar menangani segala tekanan.


“Kalau mereka penyanyi yang baik, mereka tak akan gerun dengan saya. Bagaimana kalau mereka hendak menyanyi di depan Yang di-Pertuan Agong atau Perdana Menteri kalau ada rasa gerun yang sukar dikawal?” katanya.


Erra pula menyambut peluang daripada TV3 yang mahukan dia menjadi juri dengan hati yang terbuka selepas dia berjaya memenangi Mentor.


“Saya tahu ramai lagi artis lain yang lebih berpengalaman berbanding saya tapi saya yakin TV3 ada sebab tersendiri memilih saya. Ini satu tanggungjawab besar. Saya ingin mencurahkan segala pengalaman yang ada untuk menilai bakat baru yang boleh digilap menjadi penghibur,” katanya.


Menjelaskan mengenai pemilihan Azmeer sebagai juri dalam kebanyakan program realiti TV di TV3, penerbit VBSR, Suffian Isa berkata, mereka tahu keupayaan komposer itu dalam menilai bakat baru.


“Kami sudah banyak kali bekerjasama dan yakin dengan kredibiliti Azmeer.
Minggu depan, lagi lima peserta akan bertanding. Mereka yang berjaya akan dibimbing penasihat yang sudah disediakan pihak kami. Pada minggu ketiga barulah ada undian SMS iaitu 50 peratus juri dan 50 peratus penonton.


“Mengenai lagu yang dinyanyikan, ia adalah pilihan peserta sendiri tapi kami akan menapis terlebih dulu. Penasihat akan tengok kesesuaian lagu itu dengan mereka,” ujarnya.


Sementara itu, Epiit menganggap dia tiada rezeki untuk melangkah ke pusingan seterusnya. Dia sudah mencuba yang terbaik namun terpaksa akur dengan keputusan juri pada malam itu.


“Saya tak pasti sebab kenapa saya tak terpilih. Apapun saya pasrah kerana ini antara pencapaian paling jauh pernah saya lalui. Saya bangga kerana terpilih antara 10 terbaik daripada 2,000 yang mencuba nasib,” katanya yang tidak akan serik mencuba lagi dalam pertandingan lain.


note : adanya rancangan macam ni , baru lah kita boleh menilai , apa itu Vokal .. kan3 ??hehe

Saturday, October 15, 2011

Azan ( By Faris Read-One)

Re-Marketing Nasyid Indie vol. 2


Koleksi Nasyid Indie vol. 2 adalah legasi daripada Nasyid Indie vol.1 . Kedua-dua nya adalah hasil terbitan Neurotic studio . Kandungan Lagu yang terdapat di dalam Album ini dijanjikan cukup memberi kelainan kepada pendengar-pendengar nasyid tegar ( hehe...nak tau  ? mai beli dengan kami) , dan genre2 lagu di dalamalbum ini adalah berbeza mengikut citarasa semasa . Di antaranya ialah Ratu Hatiku (READ-ONE) yang berkonsepkan Boy Band seperti WestLife , Pesona Fana (UNIVOICE) yang berkonsep Arabic Dance , Baru Kenal Cinta (FINE) yang berkonsepkan Techn tic Dance dan banyak lagi . Bagi anda yang masih belum mendapatkan nya , kami berani memberi jaminan , ianya adalah karya Halim Devotees yang terbaik yang pernah anda dengar . Apa tunggu lagi , P/M kepada kami untuk tempahan .^_^

Thursday, October 13, 2011

Nasyid Modern ???

Bismillahirahmanirrahim.

            Ini cuma pendapat dari saya yang khilaf sekhilaf-khilafnya. Pada Dasar nya , penggunaa alatan muzik yang Bertali dan Tiupan adalah diharamkan. Memang tidak dinafikan , tetapi apabila dilihat pada persaingan muzik-muzik kontemporari yang lain , ia nya pertimbangkan semula. Ini kerana , penggunaan alatan sedemikina bukan secara majoriti lagu , hanya sekadar beberapa Lining-Lining minoriti lagu sahaja.

            Memang menjadi lumrah manusia yang sukakan akan kepada perkara-perkara yang indah dipandang , sedap didengar , maka tranformasi muzik nasyid haruslah dipertingkatkan supaya lagu-lagu tidak ditenggelamkan oleh muzik-muzik kontemporari . Ada diantara kita yang menngunakan alasan , " lihat kumpulan2 nasyid yang lama seperti raihan ,boleh jugak sampai ke peringkat Internasional" . Ya, memang betul , tapi itu dulu dimana persaingan di antara penasyid-penasyid itu sendiri masih di peringkat permulaan. Tetapi untuk era sekarang , lagu-lagu nasyid itu sendiri perlu mempunyai kelebihan dan keunikan nya yang tersendiri untuk menarik perhatian pendengar.

            Ada yang mengatakan , lagu nya tidak penting , yang penting mesejnya . Ya, ini memang benar ,tetapi adakah seseorang itu mahu meneliti mesej lagu tersebut (dalam konteks lagu baru) jikalau kualiti muzik nya itu sendiri sudah cukup Mengerikan pendengar. Sebagai contoh , untuk menarik perhatian seseorang yang tidak dikenali  , aspek utama yang perlu dijaga ialah pemakaian , kerana ia adalah lambang dalaman diri kita , sama sahaja untuk konsep muzik , muzik yang boleh menarik perhatian seseorang , pasti nya akan berjaya untuk membuatkan pendengar meneliti lirik dan mesej di dalam lagu tersebut.

            Walau bagaimanapun , muzik nasyid moden dan konsep islamik perlu lah dititk beratkan supaya tiada yang beranggapan muzik nasyid ini melalaikan pendngar. Para pencipta muzik itu sendiri haruslah kreatif untuk menyeimbang kan muzik nasyid moden itu sendiri . Sebagai bukti nasyid-nasyid moden mampu bersaing dengan lagu-lagu knotemporari seperti Allahu Rabbi (In-Team) , Nur Syahadah (Far-aEast) , Berjalan Tanpa Henti (Devotees) dan banyak lagi yang kita sering dengar corong-corong radio.

            Akhir sekali , Nasyid moden ini lah penyambung legasi perjuangan nasyid-nasyid yang terdahulu . Maka , anda semua lah yang menentukan jatuh bangun mereka.

Syukran ^_^

Wednesday, October 12, 2011

WESTLIFE ..Diantara Kumpulan Vokal yang termantap dan masih kekal kehebatannya ^_^

Sumber : Utusan Malaysia Online



Westlife tetap nombor satu



SEPANJANG dua jam konsert berlangsung, Westlife juga sempat menukar lima set busana untuk persembahan mereka.


APABILA kumpulan yang berasal dari Dublin, Ireland, Westlife dicanangkan akan mengadakan sebuah konsert besar di negara ini, tidak dinafikan ada segelintir yang melahirkan rasa terkejut.
Perasaan itu bukan kerana tidak percaya kumpulan itu akan bertandang ke negara ini untuk ke sekian kalinya, tetapi persoalan yang bermain di fikiran adalah tentang populariti mereka.
Mungkin ada yang mempersoalkan apakah Westlife masih memiliki aura yang berupaya menarik perhatian peminat untuk menonton persembahan mereka.
Sementelah nama mereka dilihat tidak begitu kuat jika hendak dibandingkan sedekad lalu, sedikit sebanyak ia telah mengundang perasaan skeptikal sama ada konsert mereka itu akan mencatatkan kejayaan luar biasa.
Ternyata, segala telahan itu meleset sama sekali kerana Westlife yang masih kekal dianggotai oleh Nicky Byrne, Kian Egan, Mark Feehily dan Shane Filan telah membuktikan keunggulan mereka sebagai seorang penghibur.
Bertempat di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hujung minggu lalu, hampir 10,000 penonton dan peminat Westlife telah memenuhi setiap ruang di dalam stadium dengan satu tujuan - untuk berhibur dan mengimbau nostalgia bersama penyanyi pujaan mereka.
Percayalah, setiap seorang daripada penonton yang hadir pasti akan setuju bahawa persembahan Westlife pada malam itu telah membawa mereka menyusuri jalan kenangan dengan rangkaian lagu-lagu hits mereka.
Penulis yakin mereka yang menonton konsert Westlife tempoh hari adalah mereka yang telah membesar dengan lagu-lagu dendangan kumpulan itu sejak 13 tahun lalu (termasuk diri penulis).
Lewat
Tepat pukul 9.10 malam, konsert Westlife Gravity Tour 2011 itu dimulakan dengan lagu When You’re Looking Like That. Biarpun bermula lewat hampir 40 minit, ternyata ia langsung tidak membuatkan penonton resah dan penat menunggu.
Sebaik sahaja kelibat Nicky, Kian, Shane dan Mark muncul di pentas, tepukan gemuruh dan pekikan sorakan penonton sudah tidak mampu dikawal lagi.
Tanpa menunggu lama, mereka terus menyanyi bersama Westlife tanpa disuruh sekali gus membuktikan yang hadir pada malam itu sememangnya peminat tegar Westlife.
Meneruskan persembahan dengan lagu-lagu seperti World Of Our Own, What Makes A Man dan Safe, Westlife membuktikan bahawa usia mereka bukan satu halangan untuk memberikan persembahan yang cukup bertenaga.
Lengkap dengan gerak tari yang minimal, namun kelihatan sungguh sensual dan sempurna di mata peminat sehingga mereka berterusan memekik setiap nama anggota kumpulan itu.
Harus diakui, kelebihan Westlife adalah terletak kepada kekuatan vokal mereka terutama Shane dan Mark yang merupakan tunjang utama dalam setiap persembahan mereka.
Bagaikan tidak lengkap untuk mana-mana persembahan artis jika tiada gimik yang diselitkan dan begitu juga dengan konsert Westlife.
Sama ada ia satu kebetulan atau ‘drama’ yang sudah ditetapkan, ternyata babak lamaran perkahwinan oleh dua peminat bertuah Westlife sememangnya menjadi.
Romantik
Ditambah pula dengan iringan lagu My Love dan Beautiful Tonight selepas adegan romantik itu, ia telah meninggalkan kesan yang sangat mendalam apabila disambut dengan sorakan meriah daripada audiens.
Sepanjang mewarnai dunia rakaman suara, Westlife juga terkenal sebagai penyanyi kumpulan revival apabila merakamkan semula lagu-lagu popular penyanyi lain dengan gaya penyampaian tersendiri.
Pada konsert itu, lagu-lagu seperti Home, You Raise Me Up dan Seasons In The Sun menjadi pilihan kumpulan yang memiliki penjualan album melebihi 40 juta salinan di seluruh dunia ini.
Suasana romantik begitu dirasai ketika Shane meminta semua penonton menyalakan lampu pada telefon bimbit masing-masing sewaktu menyampaikan lagu You Raise Me Up.
Dengan serta-merta, ruang di dalam stadium berubah menjadi seperti langit yang dihiasi dengan kelip-kelip yang berterbangan di setiap genap penjuru.
Bertukar busana untuk kali keempat, Westlife terus mengekalkan momentum persembahan mereka apabila menyampaikan medley lagu-lagu popular masa kini.
Siapa sangka, Westlife mampu membawakan lagu-lagu seperti Viva La Vida (nyanyian asal Coldplay), Only Girl (In the World) - Rihanna, The Time (Dirty Bit) - The Black Eyed Peas dan Bad Romance (Lady Gaga) dengan begitu baik.
Ternyata sebagai penghibur, mereka berupaya untuk membawa diri mereka seiring dengan perkembangan muzik semasa oleh penyanyi generasi baru.
Untuk set seterusnya, Westlife memilih lagu-lagu seperti Already There dan I Will Reach You sebelum menyampaikan sebuah lagi lagu keramat mereka, Flying Without Wings.
Namun, apa yang mengecewakan apabila Westlife tidak menyampaikan lagu-lagu yang telah memperkenalkan nama mereka kepada khalayak iaitu Swear It Again dan If I Let You Go.
Sebaliknya, mereka memilih What About Now dan Uptown Girl sebagai lagu penutup konsert mereka. Secara tidak langsung, ia meninggalkan sedikit rasa kecewa kepada peminat yang semestinya mahu lagu itu dinyanyikan oleh Westlife sekali gus meninggalkan impak pada konsert mereka.
Di kala ada penyanyi seangkatan mereka telah berkubur dan membawa haluan masing-masing, Westlife masih terus bernafas dan bertahan sehingga 13 tahun lamanya.
Bukan mudah sebenarnya untuk sebuah kumpulan seperti mereka dapat mempertahankan kedudukan mereka dan apa yang penting adalah kesefahaman.
Ini diakui sendiri oleh Mark yang ditemui pada sidang akhbar dua jam sebelum berlangsungnya konsert.
Malah, dia memberitahu persahabatan yang terjalin sejak di bangku sekolah lagi sebenarnya telah menguatkan hubungan setiap anggota Westlife sehingga kekal ke hari ini.
“Jujurnya, kami tidak mempunyai apa-apa rahsia kejayaan sehingga kami mampu bertahan lebih sedekad. Kami mengharungi segala susah dan senang bersama-sama.
“Dalam usia kami sekarang ini, kami mahu terus fokus kepada kerjaya dan populariti sebenarnya bukan lagi keutamaan kami.
“Kami percaya dengan penghasilan muzik yang berkualiti dan bagus untuk peminat, ia akan dapat memanjangkan hayat seorang penyanyi atau kumpulan itu di dalam industri,” katanya yang teruja untuk kembali ke Malaysia selepas sembilan tahun
Pada sidang akhbar itu juga, Westlife ditanya tentang khabar angin yang mengatakan mereka akan mengundurkan diri daripada dunia seni.
Sementelah dengan kelahiran album kompilasi mereka, Greatest Hits pada 21 November ini, ia umpama indikator bahawa mereka akan berpecah.
Menjawab persoalan itu, Kian memberitahu ia bukanlah seperti mana yang disangka sebaliknya mereka mahu mengambil cuti rehat selepas bekerja keras menjayakan konsert jelajah dunia sejak setahun lalu.
“Soal bersara dan berpecah ini sudah lama dicanangkan tetapi kami masih di sini. Belum sampai masanya untuk kami mengundurkan diri kerana kami masih mahu menghasilkan muzik.
“Jangan cepat percaya kepada khabar angin dan jika itu berlaku, sudah pasti kami akan mengumumkannya sendiri,” ujar Kian yang memberitahu lagu terbaru mereka, Lighthouse turut dimuatkan dalam album Greatest Hits.

Perdengarkan Single Sulung Read-One yang bertajuk "Ratu Hatiku". Klik untuk mendengar ^__^ .

Sesungguhnya - cover by Faris Read-one . ( maaf lah ada kucar kacir sikit lining nye.. hihi.. enjoy! ) ^__^

'Ku Harap Cinta" asalnya dinyanyikan oleh NowSeeHeart. Cover by Faris Read-One . Klik untuk mendengar ^__^

"Bila Cinta" cover by Faris Read-One . InsyaAllah akan ada cover dari kumpulan Read-One Sepenuhnya ^_^

17 TIPS PENJAGAAN SUARA UNTUK PENYANYI

  1. - buat senaman dan berenang
  2. - elakkan caffeine,makanan tenusu dan pedas serta masin
  3. - jangan merokok
  4. -sentiasa meminum air
  5. -anda demam?jangan menyanyi
  6. -ambil vitamin tambahan
  7. - elakkan bercakap banyak,rehatkan suara anda
  8. - tidur kasi cukup
  9. - jangan selalu menjerit-jerit
  10. - sebelum menyanyi cuba elakkan bercakap banyak sangat
  11. -warm-up suara setiap kali sebelum anda menyanyi
  12. - menyanyilah sentiasa kat mana-mana, practise made perfect
  13. - bina stamina dalam rehearsal, excersice + sing other song, increase slowly.
  14. - practise should be by yourself.
  15. - isolate to work on a difficult part, dont sing whole song over and over.
  16. - start with the most difficult song dulu
  17. - rehat jika anda rasa suara anda penat
                     -CUBALAH-

TIPS MENJAGA SUARA ANDA

Salah satu aset berharga anda ialah suara. Suara membolehkan anda berkomunikasi dengan pasangan, rakan taulan atau sesiapa saja. Melalui suara jugalah anda boleh terpikat atau terpesona pada seseorang, kan? Jadi, memang tak rugilah kalau anda berusaha menjaga suara dari sekarang.


Terdapat satu tips berkenaan menjaga suara yang ingin saya tampilkan untuk anda. Caranya adalah;


1. Ambil sebiji limau nipis dalah belah 2 atau 4 supaya ia lebih mudah untuk diperah.

2. Perahkan limau nipis tadi ke dalam sebiji gelas yang berisi air masak.

3. Seelok-eloknya air masak tu biarlah yang masih panas atau suam.

4. Lepas tu, campurkan sedikit gula batu dan kacau sampai larut.

5. Minumlah air tersebut setiap pagi sebelum anda gosok gigi atau makan apa-apa makanan.


Amalkan tips menjaga suara di atas secara konsisten. Berikan diri anda sedikit masa untuk merasai kesannya serta usahlah cepat berputus asa.

SELAMAT MENCUBA =)




Monday, October 10, 2011

Read-One Latest & New Line up . ( sorry sebab Zuhair tiada di dalam gambar ini) ^_^"

Alhamdulillah , setelah setahun tidak mengupdate blog ini , akhirnya berkesempatan juga untuk meng-update blog Read-one ini. Pada 2 minggu lepas , kami pergi ke rumah terbuka Abg Remy ( Cikgu Silat Cekak Hanafi) , dan terlanjur kami berada hampir dengan PKNS Taman Cempaka ,  kami bercadang ingin mengambil gambar Wall Photos Read-One yang terbaru , tapi sayang Zuhair tidak dapat menyertai kami . InsyaAllah pada lain masa kami ber-empat akan snap picture. ^__^


Perdengarkan Single pertama kami ^_^
http://www.youtube.com/watch?v=YRvKEe9pD7g