Video


Jom dengar kan lagu terbaru dari kami (ke-4) yang berjudul Dilema Sujud-Ku =) boleh download dan share kepada sahabat-sahabat yang lain . nantikan bonus track dari kami =)

 Lirik : Sujud-Ku

Tangisan Ku Di hati Ini ,
Umpama Hujan yang Tiada Henti ,
Sedarku Pada Dosa Terjadi ,
Bagai Tiada Jalan kembali…

Dilema Silam  Kembali ,
Jauhkah Syurga Tuk Diri Ini,
Sedang Kau Maha Mengampuni
Ampuni Dosa Ku Illahi..

Ya Allah Wahai Tuhanku,
Ampuni Ku Terima taubat Ku ,
SeSungguhnya Kau lah Pengampun,
Penerima Taubat Berdosa…

(Bridge)

Sujudku Menghina diriku ,
Dihadapan Mu Aku Bersimpuh,
Tangan Ku Tadah Memohon Gugur,
Segala Dosa  Ku Yang Telah Rapuh..





Lagu ini mengisahkan tentang penderitaan yang di-alami oleh rakyat Syiria dan Gaza , akan kezaliman yang telah dilakukan oleh pihak yang zalim ke atas mereka yang lemah . Jikalau di lihat secara mendalam lirik yang terdapat di dalam lagu ini , ditulis secara metafora , dan sacara terus , ini kerana kami cuba menggabungkan 2 elemen sastera yang berlainan menjadi satu . Jom sama-sama kita mendengar lagu ini , fahami, hayati , dan sebar-sebarkan kepada sahabt handai kita semua . InsyaAllah . Takkan hilang Islam Di Dunia!!

~RAP~
Duka Siksa Yang melara..
Tak Kau endah akan pandangan,
Tenggelam Nikmat dunia fana,
Lupa usul talian Saudaramu..
Mana hilang sifat kasih,
Taut hilang berganti arah,

Diriku Dibisik Suara Pilu ,     
Mencantas Lamunan yang terkubur ,
Sinar Wajah Yang Derita …

Fikiranku Mengingati semula,
Bisikan Terang Di Minda,
Suara Keinsafan tak Berkesudahan..

Tangisan ……..  Berpanjangan….
Kesedihan….. Penyiksaan Yang Bermaharajalela…

Walaupun Kering tubuh di lantaran,
Namun   Syahid Sentiasa Di Panggilan…
Mencari Redha Dalam Ke Dhaifan,
Kekal Syurga hanya Di sisi Tuhan..

Tangisan …….. Berpanjangan….
Kesedihan….. Penyiksaan Yang Bermaharajalela…
Saudaraku ….. Saudaramu…
Usah kau lupa ….usah kau alpa….




Silakan mendengar klip lagu terbaru ciptaan dari kumpulan Read-One Islamic Vocalz Group . Lagu ini mengisahkan tentang memori indah yang tercipta semasa pertemuan pertama di antara Sahabat . Sbenar nya pun lagu ini pun berkait rapat dengan realiti kehidupan kami semasa sebelum menjadi satu kumpulan yang tetap.
Diharap selepas anda mendengar lagu ini , sila lah sebar-sebarkan untuk didengari oleh sahabt-sahabat anda yang lain. Jangan risau , Flee Of Cas ..erkkhh .. Free Of charge i mean.. tanpa anda siapalah kami ^_^ sekian.


  MEMORI INDAH    (^_^)

Detik bertamu seindah suria,
Melangkah ke dunia yg penuh Ceria,
Bekal doa dan restu dibawa, (Bersama)
Demi mengejar satu cita,
  
Masa dan tenaga korban bersama,
Walau takdir duka dtg menduga,
Tak kira masa jua dimana, 
Namun itu kita sudah bersedia, 

Ya Rabbi, bimbinglah kami, (CHORES)
Bergerak bagai ombak
 dipantai,Yang mengalir lembut
 dan beralunan tenang dan damai
  
(ENDING)
Penutup kata jangan dilupa,
Impian ini impian kita…           
Memori indah buat semua, 
Lagu ceria kenangan bersama,
Lain masa kita berjumpa.
                                                                       
~RAP~
Duka dusta ketepikan semua,
Lupakanlah ia buat sementara
Ayuh bangun bangkit bersama-sama
Menikmati hidup yang lebih bahgia




Perdengarkan Single Pertama Read-One "Ratu Hatiku" . Lagu yang berkisar kan tentang kasih sayang seorang wanita yang bergelar ibu ,mendidik dan mengasuh anak nya dengan Spenuh Hati nya. Pengorbanan ibu tiada tandingan nya.

Senikata :

Kasih nya tiada ternilai walau dibanding dengan intan permata ,
Biar selautan cinta meskipun bermusim tiba,
Tiada yang setanding dan setara kasihmu ibu,
Belaian Mesra , Membesar dan mengasuhku,
Mencurahkan Sepenuh Kasih Sayangmu,
Oh ibu kau tiada pengganti buatku,
Seumur hidupku kan terus menyayangimu...

Ibu Ratu di hatiku ,
Kau wanita istimewa paling bermakna,
Menuntun ku ke jalan bahagia,
Jauh di sanubari Ku kau yang bertakhta...

Dikaulah tempat bermanja dan mengadu,
Jerit perih kau selalu bersamaku,
Mana mungkin dapat ku balas semua,
Hanya Lagu ini yang dapat ku dendang buatmu...


Ibu Ratu di hatiku ,
Kau wanita istimewa paling bermakna,
Menuntun ku ke jalan bahagia,
Jauh di sanubari Ku kau yang bertakhta...

Oh ibu membesarkan kami,
Menjadikan kami insan berguna,
Bicara mu doa,
Titah mu bermakna,
Di situlah syurga...