Sunday, February 19, 2012

Entri 20 February 2012 . Promo Klip Lagu MEMORI INDAH BERSAMA .


   Assalamualaikum semua , lama betul rasa nya dah tak update blog rasmi kami ini , bagi sesiapa yang ingin mendengar klip lagu terbaru kami , boleh pergi ke browser video yang disediakan. Alhamdulillah dengan bantuan ahli-ahli kumpulan lain , maka lagu yang tidak seberapa itu dapat juga di siapkan  , hai gembira nya dalam hati ! hehehe , tapi pada masa yang sama , kami juga mendengar khabar angin yang mana ada di antara pendengar yang seperti tidak berpuas hati dengan kami kerana mem-publish lagu tersebut dengan gelaran "gila glamour". kami memohon maaf seandai nya lagu tersebut menyebabkan pihak si peng-kritik itu tersentuh , Tapi jujur dari hati kami , lagu itu dihasilkan atas dasar kami ingin mendekat kan diri dengan pendengar dan peminat , tak pernah terlintas lansung kami ingin mengejar populariti.

     Walaubagaimanapun , kami telah banyak menerima kata-kata cemuhan semenjak tertubuh nya kumpulan Read-One ini , kami tetap istiqamah dan tidak pernah sesekali menyimpan rasa marah kepada para pengkritk2 kami sama ada kritikan yang positif mahupun yang negatif ( walau kadang-kadang rasa macam nak bagi jurus kame hame haa! ) , kerana tanpa pengkritik , kami takkan tahu di mana kelemahan-kelemahan kami . Kami juga bermula dari bawah , dari kumpulan yang tidak tahu apa-apa erti menjadi pendakwah di dalam industri hiburan.

     Ada juga pihak-pihak tertentu yang mengkritik tentang pemilihan konsep dan genre dari kami dengan mengatakan tidak selari dengan konsep Islam. Okey ,sebagai kumpulan Vokal Islamik yang hidup di era Hiburan dan Muzik yang Moden dan canggih , adakah kita masih ingin stick dengan cara dan gaya yang pernah digunakan pada zaman dahulu ? Satu perkara yang mesti kita tahu , Dunia ini berputar pada paksi nya, dan ragam realiti kehidupan pasti akan berubah-ubah mengikuti perkembangan semasa . Maka jikalau kita ingin menyelami jiwa-jiwa pendengar muzik pada era 90'an sebagai contoh , maka muzik yang di bawa harus menepati citarasa para pendengar tersebut , apa bila pendengar tertarik pada muzik yang disampaikan , maka di-situlah bait-bait lirik dakwah dan berunsur ketuhanan akan dapat diterapkan dengan mudah , betul tak? Jikalau anda ingin MENGGORENG telur , anda akan guna Minyak Atau Air? tentu minyak kan? sama sahaja medium dakwah yangyang ingin disampaikan , mestilah sesuai dengan jiwa pendengar .

     Sudah menjadi lumrah manusia yang suka akan perkara-perkara yang indah , sama ada pemandangan , bau-baunan atau halwa pendengaran , maka kami sebagai penyanyi akan cuba menyampaikan apa yang terbaik untuk para pendengar ^__^" Semoga Kita berjumpa lagi ..  Wassalam .. bubbyeee.>

** oopss.. Jangan lupa dengar kan MEMORI INDAH BERSAMA dari kami , Khas untuk Anda semua ^_^

No comments:

Post a Comment