Monday, March 5, 2012

Entri 6 March 2012 - Promosi klip lagu Read-One yang terbaru " Dilema Sujud-Ku" dan Respon dari para pendengar.

 


 Alhamdulillah ,assalamualaikum semua , hangpa semua sihat dak ? kalau sihat , ucaplah alhamdulillah , kalau dak sihat pun , ucapkan juga alhamdulillah , sebab Allah masih sayangkan kita semua dengan memberi kan kita peringatan dalam bentuk kesakitan , orang kata sakit penghapus dosa , an an an?? hehe.. baik, post kali ini hendak mempromosi klip lagu terbaru dari kami , di mana lagu ini ciptaan kami sendiri , dan mempunyai gabungan lagu dan lirik yang power , kata orang jawa , hehehe.

    Lagu ini mengisah kan seorang hamba Allah yang telah banyak melakukan dosa-dosa di masa silamnya , dosa-dosa terhadap Allah , dan apling utama kepada kedua ibu bapanya , hamba Allah ini tidak pernah melakukan sebarang bakti kepada orang tua nya , walaupun secebis do'a . Maka Allaalh telah menurunkan hidayah kepada nya berbentuk mimpi yang telah meng-insafkan sifat ego dan jahat nya itu.

    Konsep lagu ini Urban R&B dan bersifat energetic , kami cuba mengambil konsep , energetic make thing works ,. dan juga Alhamdulillah , dengan kemunculan lagu Dilema Sujud-Ku ini , banyak media secara serentak meminta kami mengirimkan lagu ini dan lagu-lagu sebelum nya kepada mereka , sama ada media dalam atau luar negara , Alhamdulillah , ini lah bak kata orang-orang tua , jikalau tak dipecahkan ruyung , manakan nak dapat sagunya . bagi anda yang masih belum mendengar lagu Dilema Sujud-ku ini , boleh toogle browser di atas ke bahagian video.

Sekian Wassalam ^_^

Tuesday, February 28, 2012

Entry 29 Februari 2012 - Promo Klip Lagu Single terbaru TANGISAN DERITA ( Syiria & Gaza )

   

 Alhamdulillah , syukur kepada yang Maha Pemberi Ni'mat , kerana kita masih diberikan peluang bernafas dan hidup di atas muka bumi yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Entri Kali ini ingin mempromosi kan Single terbaru dari Read-One yang berjudul Tangisan Derita yang dikhaskan untuk rakyat Gaza yang menderita di zalimi oleh Rejim Yahudi dan rakyat Syiria yang Ditindas oleh pemimpin mereka sendiri .

    Pmilihan lagu kali ini adalah berdasarkan permintaan daripada umum , yang berkaitan dengan isu semasa dan antarabangsa , maka kami juga berusaha sedaya upaya unutk memenuhi permintaan dari peminat dan pendengar itu sendiri . Tajuk lagu ini di cipta secara spontan oleh faris read one apabila beliau cuba menggabungkan konsep fizikal dan mental di dalam satu perkataan , iaitu Tangisan Derita , jikalau dilihat dari segi fizikal , tangisan air mata yang dikeluarkan oleh seseorang , tetapi jikalau dilihat dari aspek istilah , ianya merujuk kepada tangisan dari dalam hati yang berpanjangan akibat penderitaan yang di warisi semenjak zaman nenek moyang mereka lagi .

    Maka kita yang berada di dalam kawasan zon selesa ini , mestilah memelihara keharmonian yang Allah anugerahkan kepada kita ini dengan sepenuh hati dan tenaga kita , jangan sudah terhantuk , baru terngadah yea. Sama-sama lah kita menghayati lagu ini , semoga ada manfaat yang boleh kita peroleh dari nya .

Sekian . Assalamualaikum ^_^

Monday, February 20, 2012

Entri 21 Februarry 2012 - Susunan Jadual / Schedule Persembahan dan Promosi oleh Read-One I.V.G ( by Faris )

   
    Bismillahirrahmanirrohim .. dengan masa dan tenaga yang berbaki pada waktu ini sebelum mataku terlelap .. just nak update susunan jadual persembahan dan promosi kami sepanjang bulan March 2012 , mana lah tau ada yang di antara anda yang passing-by di kawasan yang kami maksud kan , boleh lah ringan-ringan kaki untuk singgah dan beramah mesra bersama kami ... ( beramah mesra je , tkde lebeyh2 .. hehe .. dun worry ).

3 & 4 March 2012 - Pertandingan Bn YouthMusic Peringkat Semifinal ( Kategori Vocal Group )
TEMPAT - The Curve Mutiara Damansara

10 & 11 March 2012 - Kem Rehlah besama Kumpulan Nasyeed Destiny ( Penyertaan masih lagi available)
TEMPAT  - Kem Herba Sungai Congkak , Selangor . ( Penyertaan Rm 55 seorang )

24 & 25 March 2012 - Persembahan dan Promosi Ratu Hatiku dan Memori Indah Bersama ( Pengenalan ) oleh Read-One I.V.G selama dua hari Sempena Konvensyen Bidadari Dunia anjuran I Luv Islam.Com
TEMPAT - P.I.C.C ( Putrajaya International Conventional Centre ) , Booth I Luv Islam . ( Jangan malu-malu nak berjumpa dengan kami pada masa tersebut ye.. heeeee)

13 April 2012 - Jemputan ke Anugerah Carta Nasyeed.Com pada malam hari tersebut
TEMPAT - Pusat Islam Malaysia di Kuala Lumpur .

Itu sahaja lah masa dan perkhidmatan kami yang telah di-booking ... hehehe.. kepada sesiapa yang ingin menjemput kami untuk memeriahkan majlis anda , boleh menghubungi saya di talian 016-3702958 (faris) atau boleh scroll di browser Hubungi kami di atas/

Sunday, February 19, 2012

Entry 20 Februari 2012 #-2 : Ingin meminta pandangan pembaca pemilihan lagu yang layak dipertandingkan di antara RATU HATIKU atau MEMORI INDAH BERSAMA ?

   
    Bismillahirrahmanirrohim .. baru je post sesuatu , nak post lagi .. ish3.. gatai tanagn betul , hehehe...Oke , kami baru sahaja menerima e-mail daripada pihak Bn Youth Music yang mana kami telah berjaya mara ke pusingan Semi-Final yang akan berlansung pada 3 & 4 March 2012 , dan setahu kami , kami lah satu-satunya vokal group yang berlandaskan Islamic yang di-senarai pendek kan untuk pusingan itu . Alhamdulillah Ya Allah. Tetapi kami mengalami masalah di dalam pemilihan lagu untuk perform pada waktu tersebut .

    Sebagaimana yang anda semua sedia maklum , kami memiliki dua buah lagu sendiri , iaitu Ratu Hatiku dan Memori Indah Bersama , yang mana kedua-dua nya itu memang hebat , tapi kami hanya perlu memilih salah satu sahaja dari kedua-dua lagu tersebut . Maka dengan bantuan para pembaca , sudi lah kiranya untuk mendengar klip video yang telah kami sediakan di browser video di atas , untuk menilai dan memlih lagu yang mana lebih sesuai untuk dipertandingkan .

    Kami mengharapkan respon daripada anda. Sekian . Wassalam.

Entri 20 February 2012 . Promo Klip Lagu MEMORI INDAH BERSAMA .


   Assalamualaikum semua , lama betul rasa nya dah tak update blog rasmi kami ini , bagi sesiapa yang ingin mendengar klip lagu terbaru kami , boleh pergi ke browser video yang disediakan. Alhamdulillah dengan bantuan ahli-ahli kumpulan lain , maka lagu yang tidak seberapa itu dapat juga di siapkan  , hai gembira nya dalam hati ! hehehe , tapi pada masa yang sama , kami juga mendengar khabar angin yang mana ada di antara pendengar yang seperti tidak berpuas hati dengan kami kerana mem-publish lagu tersebut dengan gelaran "gila glamour". kami memohon maaf seandai nya lagu tersebut menyebabkan pihak si peng-kritik itu tersentuh , Tapi jujur dari hati kami , lagu itu dihasilkan atas dasar kami ingin mendekat kan diri dengan pendengar dan peminat , tak pernah terlintas lansung kami ingin mengejar populariti.

     Walaubagaimanapun , kami telah banyak menerima kata-kata cemuhan semenjak tertubuh nya kumpulan Read-One ini , kami tetap istiqamah dan tidak pernah sesekali menyimpan rasa marah kepada para pengkritk2 kami sama ada kritikan yang positif mahupun yang negatif ( walau kadang-kadang rasa macam nak bagi jurus kame hame haa! ) , kerana tanpa pengkritik , kami takkan tahu di mana kelemahan-kelemahan kami . Kami juga bermula dari bawah , dari kumpulan yang tidak tahu apa-apa erti menjadi pendakwah di dalam industri hiburan.

     Ada juga pihak-pihak tertentu yang mengkritik tentang pemilihan konsep dan genre dari kami dengan mengatakan tidak selari dengan konsep Islam. Okey ,sebagai kumpulan Vokal Islamik yang hidup di era Hiburan dan Muzik yang Moden dan canggih , adakah kita masih ingin stick dengan cara dan gaya yang pernah digunakan pada zaman dahulu ? Satu perkara yang mesti kita tahu , Dunia ini berputar pada paksi nya, dan ragam realiti kehidupan pasti akan berubah-ubah mengikuti perkembangan semasa . Maka jikalau kita ingin menyelami jiwa-jiwa pendengar muzik pada era 90'an sebagai contoh , maka muzik yang di bawa harus menepati citarasa para pendengar tersebut , apa bila pendengar tertarik pada muzik yang disampaikan , maka di-situlah bait-bait lirik dakwah dan berunsur ketuhanan akan dapat diterapkan dengan mudah , betul tak? Jikalau anda ingin MENGGORENG telur , anda akan guna Minyak Atau Air? tentu minyak kan? sama sahaja medium dakwah yangyang ingin disampaikan , mestilah sesuai dengan jiwa pendengar .

     Sudah menjadi lumrah manusia yang suka akan perkara-perkara yang indah , sama ada pemandangan , bau-baunan atau halwa pendengaran , maka kami sebagai penyanyi akan cuba menyampaikan apa yang terbaik untuk para pendengar ^__^" Semoga Kita berjumpa lagi ..  Wassalam .. bubbyeee.>

** oopss.. Jangan lupa dengar kan MEMORI INDAH BERSAMA dari kami , Khas untuk Anda semua ^_^