Tuesday, July 19, 2011

How READ-ONE get their name ?

How READ-ONE get their name ?
Bismillahirahmanirrahim. Segala puji bagi Allah kerna dengan izinnya, dapat saya mengupdate blog saya ini. Oke, tanpa berlengah masa, nama Read-One ini, atau lebih mudah dengan sebutan Ridhwan kami ambil dari peristiwa penyiksaan sahabat rasullullah s.a.w yang bernama bilal bin rabah. Semasa beliau disiksa oleh Umayyah di padang pasir yang panas terik, dihempap dadanya dengan batu besar, apa yang disebut-sebut oleh sahabat ini ialah “ahad” , “ahad” yang membawa erti satu atau (ONE) merujuk kepada keesaan Allah taa’ala. Maka nama “READ” itu membawa maksud baca dan “ONE” itu membawa maksud satu, digabungkan membawa erti “baca satu” iaitu memperbanyakkan menyebut kalimah Allah sebagai satu perkara lazim bagi kita umat islam khasnya.
Sebelum menggunakan nama Read-One, kami menggunakan nama FAEEZ yang mana terjemahan bahasa arabnya membawa maksud kejayaan, tetapi nama tersebut terlalu sinonim dengan sebuah lagi kumpulan nasyid masyhur tanah air , iaitu FAR-EAST. Bagi mencari identiti kami sendiri, maka kami beralih angin dengan berbagai-bagai nama seperti IN-SAFF , ALL-WISE, dan bermacam-macam lagi sehingga terciptanya READ-ONE.

No comments:

Post a Comment