Tuesday, February 28, 2012

Entry 29 Februari 2012 - Promo Klip Lagu Single terbaru TANGISAN DERITA ( Syiria & Gaza )

   

 Alhamdulillah , syukur kepada yang Maha Pemberi Ni'mat , kerana kita masih diberikan peluang bernafas dan hidup di atas muka bumi yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita. Entri Kali ini ingin mempromosi kan Single terbaru dari Read-One yang berjudul Tangisan Derita yang dikhaskan untuk rakyat Gaza yang menderita di zalimi oleh Rejim Yahudi dan rakyat Syiria yang Ditindas oleh pemimpin mereka sendiri .

    Pmilihan lagu kali ini adalah berdasarkan permintaan daripada umum , yang berkaitan dengan isu semasa dan antarabangsa , maka kami juga berusaha sedaya upaya unutk memenuhi permintaan dari peminat dan pendengar itu sendiri . Tajuk lagu ini di cipta secara spontan oleh faris read one apabila beliau cuba menggabungkan konsep fizikal dan mental di dalam satu perkataan , iaitu Tangisan Derita , jikalau dilihat dari segi fizikal , tangisan air mata yang dikeluarkan oleh seseorang , tetapi jikalau dilihat dari aspek istilah , ianya merujuk kepada tangisan dari dalam hati yang berpanjangan akibat penderitaan yang di warisi semenjak zaman nenek moyang mereka lagi .

    Maka kita yang berada di dalam kawasan zon selesa ini , mestilah memelihara keharmonian yang Allah anugerahkan kepada kita ini dengan sepenuh hati dan tenaga kita , jangan sudah terhantuk , baru terngadah yea. Sama-sama lah kita menghayati lagu ini , semoga ada manfaat yang boleh kita peroleh dari nya .

Sekian . Assalamualaikum ^_^

No comments:

Post a Comment